Khamis, 17 Februari 2011

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi s.a.w bersabda:”Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam neraka jika seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga jika seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.”
 
menyesal sangat2 xgunakan masa bercuti dengan sebaiknya,,,time cuti relak je xda masa untuk study langsung,,sekarang terimalah akibatnya..result hampeh..sabar je lah. lagipun  langit xsentiasa cerah ( ayat menyedapkan hati)
mak pesan suruh belajar elok2 tp lain yang aku buat. redha je lah,,jadikan ini sebagai satu pengajaran. masih ada masa lagi untuk aku ubah. jangan pula bila dah jatuh baru nak tergadah,,,


pengalaman yang amat menarik bila kali pertama ke perkampungan orang asli bersama rakan-rakan bagi membuat research tentang budaya mereka. pengalaman yang memang tidak dapat dibeli.hehehe,,,,
walaupun rasa sangat letih tetapi rasa sangat puas hati dapat mempelajari tentang budaya mereka. namun begitu rasa penyesalan tetap ada tentang keberadaan mereka yang jauh dari pembangunan membuatkan mereka jauh ketinggalan berbanding dengan kita,,,rasa simpati melihat anak-anak kecil yang amat berbeza dengan anak-anak yang lain..tetapi apa yang membuat saya teruja apabila melihat kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun rancak menari tarian sewang. hal ini memberi kesedaran kepada saya, tentang cara mereka untuk mengekalkan budaya dan tradisi mereka,,,

Selasa, 15 Februari 2011


 
Di sini sy ingin berkongsi tentang novel yg telah sy baca iaitu novel salju sakinah karya Zaid Akhtar..novel ini sememangnya sesuai untuk dibaca oleh semua golongan khususnya golongan wanita kerana watak yg dipaparkan pengarang iaitu Sumaiyah seorang wanita yg memenuhi ciri-ciri wanita muslimah. sy amat berpuas hati kerana dapat menghabiskan novel ini dan ada ketikanya sy terasa bagai dibuai dengan penggunaan bahasa yang indah oleh pengarang.walaupun cara penceritaannya bersahaja tetapi, pada pandangan sy ianya mampu menarik minat kerana terkandung banyak nilai-nilai murni..harap rakan-rakan bacalah novel ini untuk mengukuhkan lagi akidah dan akhlak agar berada di landasan yg betul...cuba hayati nescaya kita akan tergolong dalam kalangan orang yang sedemikian,,,,,insya'Allah,,,,